Siap Sedia Hadapi Situasi Terburuk, Argentina Gali 250 Kubur Untuk Mangsa COVID-19

Meskipun pelbagai langkah yang telah diambil oleh seluruh dunia seperti kawalan pergerakan, lockdown serta penjarakkan sosial, namun jumlah kes positif dan kematian terus meningkat setiap hari.

Sehubungan itu, segala persiapan awal di beberapa buah negara telah dilakukan bagi menghadapi kes kematian yang berpunca daripada wabak itu.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa pihak berkuasa bandar Cordoba di Argentina mengarahkan beberapa orang untuk menggali ratusan kubur bagi mempersiapkan diri dengan angka kematian akibat COVID-19 yang dijangka akan meningkat.

Setiap seorang daripada mereka dianggarkan untuk menggali 5 hingga 6 lubang sehari.

Difahamkan kerajaan Argentina telah menutup sempadan semenjak pertengahan bulan Mac bagi membendung penyebaran wabak ini. Negara Amerika Latin itu kini mempunyai lebih dari 2,200 jangkitan dan 95 kematian di negara itu.

Pelaksanaan tersebut berjaya membantu memperlambatkan kenaikan kes positif di negara tersebut. Wilayah Cordoba adalah wilayah utama yang mempunyai penduduk kedua paling ramai selepas Buenos Aires.

Wilayah itu dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya 206 kes dan 5 kematian.

Untuk membaca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca