Siap Buat Liputan Awani, Telatah Kanak-Kanak Ini Jadi ‘Wartawan Lokasi’ Bikin Warganet Terhibur

Sejak semalam, telatah seorang kanak-kanak lelaki dari Bukit Selambau di Kedah jadi wartawan lokasi telah berjaya mencuri perhatian ramai.

Selepas laporan Muhammad Haziq tentang bagaimana dia menemui seekor ular sawa di dalam longkang menjadi bualan ramai, pihak Astro Awani telah ke Pasar Pagi Bukit Selambau di Kedah untuk bertemu dengan ‘wartawan’ cilik itu.

Sumber: The Vocket

Haziq menceritakan semula bagaimana dia bertemu dengan ular sawa itu ketika ditemu bual Astro Awani. Ketika sedang membersihkan longkang dan kawasan berdekatan pasar awam itu, Haziq mendapati ada longkang tersumbat dan pelik kenapa air bertakung itu sangat tinggi.

Pada mulanya, Haziq sangka longkang itu tersumbat kerana ia ada banyak sampah tetapi rupa-rupanya ada ular sawa batik yang sangat besar dan amat dahsyat di dalamnya.

“Saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan. Mereka sampai pada pukul 7.30 malam dan dia menangkap ular itu menggunakan alat khas.

Panjang ular itu adalah empat meter dan beratnya adalah 30 kilogram. Pihak APM telah melepaskan ular itu di tempat yang selamat,” ujarnya.

Sumber: Astro AWANI

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata dia menerima khabar berita itu daripada bapanya menerusi mesej ketika sedang melakukan kerja sekolah di rumah.

Selepas menerima khabar berita itu, Haziq terus bergegas untuk melihatnya dan menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Selepas ditemu ramah, Haziq diberi peluang untuk menjadi wartawan Astro Awani. Video itu telah mencuri perhatian orang ramai di Twitter dan meraih lebih 12,600 ulang ciap dalam masa empat jam!

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca