Si Bulus Ini Bolos Penjara Selepas Ditahan Semasa Seludup Dadah

Seekor ‘banduan’ kucing telah melarikan diri dari penjara utama yang dikawal ketat di Sri Lanka. Ia ditahan ketika menyeludup masuk dadah dan kad SIM telefon bimbit.

Mengikut laporan akhbar Harian Metro, pegawai polis dan beberapa anggota risikan penjara menemui hampir dua gram heroin, dua kad SIM dan satu cip memori ditemui dalam beg plastik yang digantung pada leher kucing itu.

Sumber gambar: Bored Panda

Berlaku peningkatan kes individu membaling paket kecil dadah, telefon bimbit dan pengecas telefon melepasi tembok penjara sejak beberapa minggu lalu di penjara berkenaan.

Selain itu, Sri Lanka turut berdepan krisis dadah dengan sebilangan detektif antinarkotik didapati menjual dadah yang dirampas.

Selepas dipenjarakan, kucing itu dipercayai meloloskan diri dari bilik tempat ia dikurung semasa pengawal penjara mahu memberinya makan berdasarkan perkongsian laman Evening Standard.

Bagaimanapun, pihak berkuasa penjara enggan mengulas berhubung kecuaian itu.

Apa yang menarik, ini bukan kali pertama pihak polis di Colombo menerima kes pengedaran dadah di menggunakan haiwan. Mereka mengesyaki kartel dadah yang melatih kucing ini adalah orang sama menggunakan burung helang untuk menyeludup dadah sebelum ini.

Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca