Shuib Mahu ‘Sponsor’ Dr. Noor Hisham Bercuti Sebagai Tanda Terima Kasih

Sebagai tanda terima kasih kepada Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang memimpin barisan hadapan untuk membendung penularan COVID-19, pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu menawarkan penajaan percutian dalam negara kepada Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan.

Shuib membuat tawaran berkenaan secara spontan menerusi sesi dialog bersama pihak media dalam menangani pandemik COVID-19 di Putrajaya pada hari ini.

“Ada plan nak cuti? Sekiranya Datuk mahu bercuti, saya sanggup menaja pelancongan berkenaan tetapi jangan luar negara kerana ia mahal. Kalau dalam negara, tidak mengapa,” katanya.

Walau bagaimanapun, Dr. Noor Hisham memberitahu Shuib sambil tersenyum bahawa beliau lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

“Isu dia bukan soal bercuti. Bagi saya, cuti untuk rehat di rumah sahaja. Kalau kerja 20 jam sehari, saya mempunyai banyak masa untuk berehat di rumah sahaja daripada pergi berjalan-jalan.

Bukan saya seorang sahaja penat tetapi semua petugas barisan hadapan juga sama. Kita sudah bekerja selama tujuh bulan tanpa henti. Oleh itu, saya benarkan mereka take a break ketika kes makin berkurangan,” katanya menjawab soalan Shuib.

Menurut Dr. Noor Hisham lagi, pihaknya bimbang peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 pada ketika ini memerlukan pasukannya untuk bekerja keras semula.

“Saya hanya mewakili 250,000 petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Kerjasama padu antara kami adalah untuk mencapai satu matlamat iaitu memutuskan jangkitan COVID-19 dalam negara,” jelasnya.

Semoga rantaian jangkitan COVID-19 ini dapat diputuskan dengan segera.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Dr. Noor Hisham, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca