‘Shopping’ Dalam Talian Jadi Rutin, Wanita Ini Akhirnya Terima ‘Bungkusan’ Istimewa Pada Hari Jadinya

Rasanya majoriti perempuan di muka bumi ini gemar untuk membeli-belah. Tambah pula kita kini berada dalam zaman teknologi yang serba canggih, semuanya berada di hujung jari sahaja. Tinggal nak pilih dan buat bayaran dalam talian, esok lusa barang yang dipesan sudah sampai di depan pintu rumah.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari North Carolina, Amerika Syarikat berjaya mencuri perhatian warganet apabila dia membuat kejutan yang cukup istimewa sempena ulang tahun isteri kesayangannya yang gemar membeli-belah secara dalam talian.

Pada hari jadi Emily McGuire yang ke-39, lelaki yang dikenali sebagai Waylon itu telah menempah sebuah kek khas berbentuk kotak Amazon iaitu salah satu platform membeli-belah dalam talian yang terbesar di dunia.

Kek tersebut kelihatan persis kotak Amazon dan segala butiran kotak Amazon yang sebenar termasuklah label penghantaran terdapat pada kek itu.

“Apabila anda banyak membeli-belah di Amazon, anda akan mendapat kek kotak Amazon,” coret wanita berkenaan yang berkongsi gambar tersebut di laman Facebook.

Rata-rata pengguna Facebook memuji Waylon kerana berjaya membuat kejutan unik untuk isterinya. Pada masa yang sama, ramai yang turut menghayati kecantikan kek itu. Nak potong pun sayang!

Artikel Lain Untuk Di Baca