Shawn Mendes Tampil Dengan Single Terbaharu, ‘If I Can’t Have You’

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Stitches, Shawn Mendes tampil dengan single terbaharunya yang berjudul If I Can’t Have You berserta video muzik lagu tersebut.

Lagu berkenaan ditulis oleh Mendes bersama Scott Harris, Teddy Geiger dan Nate Mercreau.

Ia dijangka bakal diperdengarkan secara langsung di rancangan bual bicara lewat malam iaitu Saturday Night Live pada malam ini.

Dalam satu temu bual, Mendes ada memberitahu bahawa lagu itu merupakan lagu pop dan sememangnya dicipta khas buatnya.

Beliau juga turut memberitahu bahawa dalam tempoh 6 bulan yang lalu, beliau telah menulis kira-kira 45 lagu dan kesemuanya mempunyai ciri emosi yang berbeza.

Baru-baru ini, penyanyi yang juga terkenal dengan lagu Treat You Better itu tampil membuat persembahan di Anugerah Grammys 2019 bersama dengan Miley Cyrus sebagai penghormatan kepada Dolly Parton yang menerima anugerah penghargaan ‘Person Of The Year’.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca