Sharnaaz Ngaku Tidak Bersalah, Pelakon Ini Dituduh Pukul Orang

Pelakon Sharnaaz Ahmad didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan pada tahun lalu.

Pagi tadi, Sharnaaz dan peguamnya tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan sempat menyampaikan salam serta mengucapkan selamat pagi kepada media.

Pada 16 Jun 2022, pelakon terkenal ini ditahan selepas dipercayai menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Jalan Dutamas.

Kejadian tersebut bermula apabila mangsa meminta kawannya yang bekerja pengawal keselamatan di tempat lain untuk menghantar minyak masak lalu pengawal keselamatan di kondominium tersebut tidak membenarkan rakannya itu masuk.

Pengawal dan mangsa itu mula bertengkar. Sharnaaz yang juga seorang penghuni kondominium tersebut telah menegur mereka apabila melihat perbalahan itu berlaku.

Kemudian, bapa kepada anak itu didakwa mencederakan mangsa dan telah direman tiga hari sebelum dia dibebaskan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal mencadangkan Orang Kena Saman (OKS) diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin semasa prosiding.

Peguam Sharnaaz, Datuk Abu Bakar Isa Ramat merayu untuk kurangkan kadar ikat jamin atas sebab anak guamnya sudah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.

Akhir kata, Atiqah membenarkan Sharnaaz diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca