Shah Rukh Khan Tawar Pejabat Empat Tingkat Untuk Dijadikan Pusat Kuarantin COVID-19

Pelakon terkenal Bollywood iaitu Datuk Shah Rukh Khan menjadikan pejabatnya sebagai pusat kuarantin untuk mangsa yang positif wabak COVID-19.
 
Malah, Shah Rukh Khan dan juga isterinya iaitu Gauri Khan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menjadikan pejabat empat tingkat miliknya itu sebagai penempatan pesakit yang perlu dikuarantin.
 
Selain daripada itu, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu juga turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di beberapa negeri di India.
 
Tindakan mulia beliau ini mengejutkan banyak pihak. Perkara ini kerana sebelum ini, ramai yang mempertikaikan Shah Rukh Khan kerana dia dikatakan tidak membantu masyarakat di sana.
 
Dalam masa yang sama, pemerintah di Kota Mumbai berterima kasih kepada Shah Rukh Khan dan Gauri kerana sanggup mengosongkan ruang pejabat mereka untuk kegunaan pesakit-pesakit COVID-19.

Warganet yang dulunya mengecam beliau, akhirnya mula memberikan kata-kata pujian dan memohon agar selebiriti lain mencontohi pasangan ini.

Apa-apa pun, diharapkan ramai lagi golongan yang berkemampuan di Malaysia dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan di saat-saat getir begini. Setiap contoh yang baik pasti akan menjadi teladan untuk orang lain.

Untuk baca artikel lain yang tentang Shah Rukh Khan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca