Shah Rukh Khan Menunaikan Umrah Buat Pertama Kali

Buat pertama kali Shah Rukh Khan dilaporkan menunaikan umrah selepas beberapa gambar pelakon terkenal Bollywood itu berpakaian ihram tersebar di media sosial sejak minggu lepas.

Mengikuti gambar tular itu, Shah Rukh yang memakai pelitup muka dilihat dikelilingi oleh beberapa individu yang dipercayai pengawal keselamatannya semasa berada di Masjidil Haram di Makkah.

Terdapat beberapa video tular juga yang mengesahkan keberadaan Shah Rukh, 57, di sana.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hindustan Times, aktor tersebut menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi.

Sumber: Malaysia kini

Filem Dunki, yang bakal menjengah pawagam Disember tahun depan diarahkan oleh Rajkumar dan dibintangi Shah Rukh Khan dan Taapsee Pannu.

Kemudian, aktor itu dijadualkan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Laut Merah di Jeddah.

Berita Shah Rukh mengerjakan umrah mendapat pelbagai komen positif dari pengguna media sosial. Selain itu, warganet juga turut mendoakan agar urusan ibadah aktor itu berjalan lancar.

Kata-kata dari warganet.
Respon dari warganet tentang Shah Rukh Khan menunaikan Umrah.
Warganet terharu dengan perbuatan Shah Rukh Khan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca