Setiap Hari Menanti, Kucing Ini Kembali Ke Pangkuan Tuannya Selepas 11 Tahun Hilang

Keajaiban itu benar-benar wujud, itulah kisah yang dilalui oleh seorang wanita di mana dia telah disatukan kembali dengan kucing peliharaannya yang hilang sejak 11 tahun lalu.

Kucing yang diberi nama Tiger itu kembali ke pangkuan tuannya yang dikenali sebagai Maggie Welz apabila ia diselamatkan oleh seorang staf penyelamat Persatuan Kebajikan dan Perlindungan Haiwan (SPCA). Pegawai SPCA itu menggunakan pengimbas mikrocip untuk menjejaki pemilik Tiger.

Difahamkan, Tiger hilang selepas pintu rumah Maggie dibiarkan terbuka. Menurut kakitangan SPCA iaitu Carol O’Connell, dia membuat keputusan untuk memelihara anak kucing liar itu yang sering muncul di depan pintu rumahnya.

Setiap kali Tiger datang ke kediamannya, kesihatan haiwan comel itu semakin merosot. Ketika itulah Carol sedar bahawa Tiger mungkin ditinggalkan tuannya, hilang atau cuma kucing liar.

Selepas itu, dia telah meminjam pengimbas dari tempat perlindungan bagi mendapatkan maklumat pemilik kucing itu. Menerusi maklumat yang diperoleh itu, Carol akhirnya berjaya mencari pemiliknya.

Selepas Tiger hilang, Maggie dan keluarganya berpindah ke rumah lain yang terletak 10 buah dari rumah asal mereka. Namun begitu, kelibat Tiger sentiasa mekar dalam ingatan Maggie. Dia juga memberitahu penduduk di sekitar kawasan itu supaya memaklumkan sekiranya ternampak kucing mirip Tiger. Walau bagaimanapun, Tiger tidak pernah pulang.

Akhirnya, Tiger yang kini berusia 14 tahun dan Maggie berjaya disatukan semula berkat kegigihan kakitangan SPCA. Menurut Maggie, firasatnya kuat mengatakan Tiger bakal kembali pulang ke pangkuannya suatu hari nanti.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah asal, Tiger dikatakan berada dalam keadaan yang sangat baik.

Maggie sangat terhutang budi kepada Carol dan pegawai SPCA lain yang terlibat dalam menyatukan mereka kembali. Tanpa kegigihan mereka, mungkin Carol dan Tiger tidak akan dapat berjumpa semula.

“Sekarang, Tiger tinggal bersama kami dan akan bersama kami untuk sepanjang hidupnya,” ujar Maggie yang tidak pernah putus mengucapkan rasa syukurnya kerana dipertemukan semula dengan haiwan yang dianggap seperti keluarga sendiri itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca