Setelah penantian empat tahun, Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) kembali semula pada 2023 bermula 23 hingga 27 Mei ini.
Acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik.

Majlis Pelancaran LIMA 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib pada bulan Januari yang lalu.
LIMA ‘23 ini dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjurannya menurut Menteri Pertahanan, Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

LIMA ‘23 telah berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia di mana ianya amat dinantikan ramai pihak memandangkan kali terakhir LIMA diadakan adalah pada tahun 2019.
Untuk edisi kali ini, LIMA membawakan tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

Sebanyak 119 pesawat akan menyertai pameran statik dan aerobatik, selain 40 kapal tentera laut dari dalam dan luar negara.
Sebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan sepanjang Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023.

Dari segi jemputan pula, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 akan menerima lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA) di https://www.limamalaysia.com.my/
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik puatan di bawah: