[Video] Setelah Lama Hilang Dalam Dunia Lakonan, Puteri Balqis Dan Ibu Kini Giat Menjual Buku

Mungkin ramai yang kenal dengan nama pelakon cilik Puteri Balqis yang sebelum ini boleh dikatakan giat berlakon di kaca televisyen.

Namun, mungkin juga ramai yang tertanya-tanya, ke mana bintang cilik itu selepas dia sudah lama tidak kelihatan berlakon.

Baru-baru ini, program realiti televisyen iaitu bersamamu telah membuat satu dokumentari pendek mengenai kehidupan sebenar pelakon cilik itu.

Puteri Balqis, 13, kini giat menjual buku puisi iaitu 38 poem of Puteri Balqis yang ditulisnya sendiri di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bersama ibunya sahaja.

Malah, dia dan ibunya terpaksa mengikat perut dari menjamah makanan kerana masalah kesempitan wang yang menimpa mereka.

Namun, itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk meneruskan penjualan buku puisi yang tulis oleh Balqis itu sendiri.

Menurut Norashikin Mohd Aziz, ibu Balqis, anaknya itu mula jatuh sakit pada tahun 2018 dan dia juga mempunyai masalah asma yang teruk.

Ibu Balqis berkata, “Pernah juga masa penyakitnya itu serang, dia muntah darah dalam empat ke lima kali sehari.”

Balqis juga turut menjelaskan bahawa doktor telah mengesahkan bahawa dia mempunyai masalah dalaman namun mereka masih mengenal pasti masalah sebenar yang menyerangnya itu.

Kisahnya kini telah tular di laman sosial dan mendapat simpati daripada warganet.

Sebelum ini, pelakon cilik itu pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Skrin ke-16, Anugerah Artis Harapan Pantene, Anugerah Skrin ke-18, Pelakon Wanita Terbaik Drama, dan Anugerah Televisyen Asia ke-19 Pelakon Wanita Terbaik.

Semoga Puteri Balqis cepat sembuh dari penyakit yang datang.

Untuk baca artikel yang berkaitan artis tempatan, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca