Setelah 40 Tahun Berkhidmat, Lelaki Ini Sanggup Turun Pangkat Demi ‘Terbang’ Bersama Anak

Setiap bapa sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya. Begitulah yang berlaku dalam kisah yang bakal kami ceritakan ini tapi ia jauh lepih epik berbanding pengorbanan yang biasa kita dengar.

Seorang bapa sanggup bertukar tempat kerja dan menjadi juruterbang junior semata-mata untuk terbang bersama dengan dua orang anaknya yang dikenali sebagai Safia Anisa dan Safia Amira. Kisah ini dikongsikan oleh Safia Anisa di laman Twitternya dan ia ternyata mendapat perhatian daripada warganet apabila perkongsian berkenaan berjaya meraih lebih 50,000 ulang kicau dan hampir 80,000 tanda suka.

Dalam perkongsiannya itu, Safia Anisa bercerita serba sedikit tentang perjalanan karier bapanya sebagai seorang juruterbang. Sebaik sahaja taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bapanya menjadi kadet untuk sebuah syarikat penerbangan Malaysia dan berkhidmat di situ selama 40 tahun.

Lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk bertukar tempat kerja dan rela bermula dari bawah dengan menjadi juruterbang junior semata-mata untuk bersama dengan dua orang anaknya itu sebelum bersara.

Pada masa yang sama, Safia Anisa juga turut meluahkan rasa syukur serta gembiranya atas pengorbanan bapanya itu. Besar sungguh pengorbanan seorang ayah. Jelaslah di sini bahawa insan bernama bapa ini lebih mementingkan memori bersama anak-anak berbanding wang ringgit.

*Kisah ini dikongsikan dengan kebenaran pemilik asal @SafiaAnisa

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca