Setahun Lebih Di Negara Seberang, Iklan McD Singapura Tentang Pekerja Dari Malaysia Ini Menyentuh Hati Warganet

Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun seluruh dunia telah digemparkan dengan serangan wabak COVID-19 yang menyebabkan sempadan antarabangsa diisytiharkan tutup buat sementara waktu, termasuk sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Tanpa kita sedari, sempadan antarabangsa bukan sahaja merupakan laluan untuk pelancongan tetapi juga untuk para pekerja tempatan yang ingin mencari rezeki di negara seberang demi menampung kos kehidupan keluarga.

Pada 16 April yang lalu, McDonald’s Singapura telah memuatnaik sebuah iklan yang menceritakan pengorbanan Samsuri, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di McDonald’s Singapura sebagai seorang penghantar makanan.

Penutupan sempadan yang disangkakan hanya dua minggu, telah menjangkau hampir setahun lamanya dan tahun ini merupakan tahun kedua Samsuri menjalani ibadah puasa tanpa keluarganya.

Sumber: Youtube

Samsuri mempunyai tujuh orang adik-beradik dan merupakan seorang suami dan bapa kepada anak perempuannya yang berusia hampir dua tahun.

Di dalam video tersebut, dia menjelaskan hasratnya yang pernah tertimbul untuk pulang ke Malaysia terutamanya apabila rumahnya dilanda banjir dan juga ketika ayahnya diserang strok.

Sumber: Youtube

Meskipun demikian, Samsuri terpaksa membatalkan niatnya kerana dia masih mempunyai tanggungjawab dalam mencari rezeki untuk keluarganya di Malaysia.

Samsuri berkata bahawa dia tidak berseorangan kerana terdapat beberapa rakan sekerjanya yang juga berdepan dengan situasi yang sama sepertinya.

Iklan tersebut turut berkongsikan kisah pekerja-pekerja lain yang turut terkandas di negara seberang.

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Rozaini, seorang pekerja McDonald’s di Singapura juga turut berkata, sekiranya diberikan peluang untuk pulang ke Malaysia, dia akan memeluk kedua ibu bapa dan mertuanya.

“Tiga bulan rasanya macam tiga tahun,” tambahnya lagi.

Iklan ini telah mendapat perhatian ramai warganet Singapura di Instagram dan rata-rata turut menyampaikan rasa simpati dan berterima kasih kepada para pekerja yang meninggalkan keluarga di negara seberang untuk mencari rezeki.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Anda juga boleh menonton video penuh iklan tersebut di sini:

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca