Tahun baru sudah menjelma dan setiap kali tahun baru tiba, anda mungkin mempunyai azam yang baru untuk dicapai pada setiap tahun. Pasti ada juga di antara anda yang berazam untuk menyimpan duit untuk pergi travel. Boleh dikatakan ramai dalam kalangan anda yang bekerja namun tidak juga mempunyai wang simpanan.
Apa kata sempena tahun baru ini, anda mula dari sekarang untuk belajar menabung dengan lebih konsisten dan anda boleh cuba cara mudah ini untuk menyimpan wang. Dikongsi oleh Wan Nor Adilah daripada Twitter miliknya, cara wanita ini menabung sememangnya lebih efektif kerana dalam masa setahun berjaya mengumpul Rm4,074.
Menurut Wan Nor Adilah, dia mula menabung pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2018. Ujarnya lagi, pada tahun 2017 dia tidak berjaya menabung sehingga ke akhir tahun. Namun, pada tahun 2018 dia bertekad untuk tidak mengusik wang simpanan tersebut.
Cara yang digunakan adalah:
RM1 (simpan setiap hari. Setahun genapkan RM400)
RM5 (simpan setiap minggu 2 keping total genapkan 108 keping jadi RM540)
RM10 (simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100)
RM20 (simpan 2 keping setiap bulan jadi 25 keping total RM500)
RM50 (simpan setiap bulan iaitu Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember total RM300)
RM100 (simpan setiap bulan iaitu Mac, Mei, Julai, September, November total RM500)
Manakala, hasil daripada simpanan tersebut beliau dapat mengumpul sebanyak RM3,440 duit kertas dan RM634 duit syiling maka jumlah keseluruhannya adalah RM4,074. Menurut beliau lagi, dia bertekad untuk menyimpan seperti tahun lalu dan tidak mahu buat separuh jalan sahaja.
Penulis berharap agar perkongsian ini menjadi ikhtibar untuk anda semua dan menjadi lebih bersemangat untuk terus menabung kerana jika kita tidak mencuba sampai bila-bila pun anda tidak akan mempunyai duit simpanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Telegram Lejen Press untuk mengetahui info-info yang menarik.
Sumber: Twitter