KONGSIKAN

Anda ingin tahu cara untuk mendapatkan jantung yang sihat? Rata-rata akan menjawab dengan jawapan seperti menjaga pemakanan atau berjoging. Namun, bagi mereka yang malas berjoging, bagaimana?

Di sini penulis ada satu berita baik buat anda. Satu kajian mendapati bahawa aktiviti angkat beban atau weighlifting, adalah lebih baik bagi jantung berbanding berjalan atau berlari.

 

Foto: Google

 

Kajian ini melihat hubungan bersenam secara umum, serta bersenam dalam dua jenis aktiviti berbeza, iaitu statik (latihan kekuatan) dan aktiviti dinamik (seperti berjalan).

Latihan kekuatan dan aktiviti aerobik berkesan untuk mendapatkan jantung sihat. Walau bagaimanapun, aktiviti statik dilihat lebih bermanfaat daripada aktiviti dinamik.

kajian ini dipercayai dapat memberikan pilihan kepada para doktor untuk memberi nasihat kepada pesakit yang lebih tua.

Bagi penulis, tidak kira sama ada aktiviti statik atau dinamik, kedua-duanya mempunyai manfaat tersendiri. Apa yang penting jangan lupa amalkan ya!

Sumber: Astro Awani