Serpihan Milik KRI Nanggala-402 Ditemukan, Dipercayai Telah Tenggelam

KRI Nanggala-402 dipercayai telah dalam fasa tenggelam setelah beberapa serpihan yang dipercayai milik kapal selam tersebut serta kesan tumpahan minyak ditemukan di sekitar kawasan pencarian.

Panglima TNI Hadi Tjahjanto berkata, serpihan, barangan serta kesan tumpahan minyak tersebut telah ditemukan pada dasar laut yang mempunyai kedalaman sekitar 850 meter.

Antara barangan yang telah ditemukan oleh pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan juga sejadah.

Beberapa kepingan yang diyakini bahagian atau komponen milik kapal selam tersebut juga telah ditemukan.

Sumber: Sinar Harian

Hal itu juga dikuatkan lagi dengan keterangan dari para ahli serta mantan kelasi yang meyakinkan bahawa barang tersebut ialah milik KRI Nanggala-402.

Ketua Tentera Laut, Laksamana Yudo Margono meyakini bahawa barang itu adalah milik KRI Nanggala-402 kerana barang-barang tersebut tidak dimiliki oleh kapal lain dan tiada kapal yang melintas sekitar radius 10 kilometer daripada tempat kejadian.

Tambahnya lagi, penemuan barangan tersebut juga merupakan indikasi bahawa kapal selam itu telah mengalami keretakan.

Hadi Tjahjanto juga telah mengatakan bahawa kapal selam tersebut yang telah diisytiharkan submissed atau terputus hubungan sebelum ini, kini telah berubah status menjadi subsink iaitu menuju fasa tenggelam.

Ketersediaan oksigen di KRI Nanggala-402 yang mampu bertahan selama 72 jam itu dipercayai telah menemui batas terakhirnya pada jam 3 pagi semalam.

Meskipun demikian, TNI memaklumkan bahawa mereta tidak akan menduga atau meramal kondisi kapal selam tersebut serta para anak kapal kerana masih belum menjumpai bukti yang jelas.

Pada 21 April yang lalu, KRI Nanggala-402, sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dikatakan telah terputus kontak dan hilang diperairan utara Pulau Bali ketika sedang menjalani latihan torpedo.

Pada pukul 4:25 pagi, Kapal selam KRI Nanggala-402 yang telah membawa 53 anak kapal ini telah dilaporkan terputus hubungan selepas ia meminta kebenaran untuk menyelam pada jam 3 pagi.

Sekurang-kurang 25 kapal Indonesia telah turut serta dalam usaha pencarian kapal selam tersebut dan beberapa kapal dari negara-negara lain juga telah dikerahkan untuk bantuan pencarian semenjak laporan kehilangan KRI Nanggala-402 beberapa hari yang lalu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca