Sering Rasa Murung Dan Tertekan? Cara-Cara Ini Dapat Bantu Merawat Kesihatan Anda

Gangguan mental merupakan penyakit yang kritikal. Satu laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan hampir 800,000 individu kehilangan nyawa akibat bunuh diri setiap tahun di seluruh dunia (satu nyawa bagi setiap 40 saat; kadar bunuh diri global – 11 orang bagi setiap 100,000 penduduk).

Melalui satu post di Twitter milik Mindakami berkongsi bagaimana cara-cara mendapatkan bantuan untuk kesihatan mental:

1. DALAM KECEMASAN

Jika anda atau seseorang yang dikenali cuba/ingin cuba untuk membunuh diri, gegas ke unit Kecemasan di hospital terdekat, hubungi polis/ambulans di 999 atau 112, atau hubungi talian Befrienders di 03-79568144 atau 03-79568145.

2. KAUNSELOR DI TEMPAT ANDA

Profesional pertama yang anda boleh dekati ialah kaunselor di sekolah, universiti atau tempat kerja anda. Anda boleh memberitahu mereka tentang masalah yang anda hadapi dan menanyakan langkah-langkah selanjutnya yang perlu diambil.

3. PUSAT KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT (MENTARI)

Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan MENTARI, sebuah pusat kesihatan mental masyarakat inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boleh mendapatkan pemeriksaan dan pengesanan awal di pusat MENTARI terdekat anda (kini ada 22 pusat di seluruh negara!). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian-talian tersenarai.

4. KLINIK KESIHATAN AWAM:

Anda boleh berjumpa dengan doktor am di klinik kesihatan kerajaan bagi mendapat konsultasi dan pemeriksaan, selalunya melalui ujian saringan minda. Anda boleh terus ke klinik dan berdaftar dengan bayaran hanya RM 1.

SENARAI PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKIATRI:

Laman web MMHA_1968 juga menyediakan senarai-senarai perkhidmatan kerajaan dan swasta yang terdapat di Malaysia

Turut disertakan senarai klinik kesihatan kerajaan seluruh negara dan senarai hospital kerajaan dengan unit psikiatri.

SENARAI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN DI MALAYSIA

http://www.moh.gov.my

SENARAI HOSPITAL KERAJAAN DENGAN UNIT PSIKIATRI.

https://relate.com.my/public-hospitals/

Relate Malaysia menyediakan perkhidmatan psikoterapi dengan kadar RM40 untuk 50 minit dengan pelatih atau RM90 untuk 50 minit dengan profesional. Untuk berdaftar dengan perkhidmatan ini, sila lawati lawan web relate Malaysia.

SENARAI PERKHIDMATAN KAUNSELING AWAM DAN SWASTA.

http://mmha.org.my/resources/directory-of-councelling-services/

Kepada mereka yang mungkin sedang mengalami tekanan perasaan dan kemurungan jangan berasa malu untuk dapatkan bantuan. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca.

Sumber : MINDA

 

Artikel Lain Untuk Di Baca