Sering Mengetuai Kumpulan Iringan, Lok-U Meninggal Dunia

Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar 10 pagi hari ini.

Allahyarham Lok-U yang berusia sekitar 40-an itu difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, sebaik sahaja pulang dari bersenam.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Lok-U meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Sehingga pukul 11.45 pagi tadi, berita pemergian mengejut Allahyarham Lok-U mula dikongsi oleh penggiat muzik tanah air.

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air. Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

Untuk baca artikel yang berkaitan pemuzik, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca