Sering Mengadu Sakit, Doktor Terkejut Temui 526 Batang Gigi Dalam Mulut Budak 7 Tahun Ini

Sebanyak 526 batang gigi berjaya dikeluarkan oleh pasukan doktor di India dari dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun selepas dia mengalami satu keadaan yang jarang sekali berlaku.

Sejak berumur tiga tahun, Ravindran dikatakan sering mengadu bahagian sebelah kanan rahang bawahnya bengkak.

Memandangkan Ravindran sering berada dalam kesakitan, dia akhirnya dibawa berjumpa pakar bedah untuk menjalani pemeriksaan bagi mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan bahagian rahangnya itu membengkak.

Setelah pakar bedah memeriksa bahagian mulut Ravindran, punca masalah itu akhirnya terjawab apabila terdapat beberapa struktur keras seakan-akan gigi di dalam rahangnya.

Menurut doktor yang merawat Ravindran, ia adalah kes perubatan yang unik dan pertama seumpamanya.

Ravindran disarankan untuk menjalani pembedahan bagi membuang gigi-gigi tersebut. Prosedur pembedahan yang dijalankan di Saveetha Dental College and Hospital dekat Chennai, New Delhi itu mengambil masa kira-kira lima jam.

“Struktur seperti gigi itu terdapat dalam beberapa saiz antara 0.1 milimeter (mm) dan 15 mm. Ia kelihatan seperti mutiara dalam tiram. Struktur itu juga mempunyai akar dan lapisan enamel seperti gigi,” kata Dr Pratibha Ramani.

Untuk rekod, kes seumpama ini melibatkan 232 batang gigi berjaya dikeluarkan dari mulut seorang remaja di Mumbai pada tahun 2014.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca