Sering Kentut? 6 Perkara Ini Mungkin Penyebab Anda Digelar ‘Kaki Kentut’

Kentut merupakan satu perkara biasa yang juga merupakan proses biologis yang membantu melepaskan gas dari sistem pencernaan kita.

Walau bagaimanapun, kerap kentut adalah sesuatu masalah yang akan mengganggu aktiviti seharian kita.

Mari kami kongsikan antara 6 penyebab anda sering kentut dan mungkin digelar ‘kaki kentut’ dikalangan rakan-rakan.

1. Makanan bergas

Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis makanan yang menghasilkan gas yang lebih banyak dalam sistem pencernaan kita. Jenis makanan yang bergas ini biasanya dalam bentuk karbohidrat seperti ubi keledek.

Berbeza dengan protein, ia tidak menyebabkan seseorang itu kentut namun harus diingatkan bahawa ada sesetengah protein yang boleh membuatkan kentut anda berbau busuk! Bagi yang suka makan pedas atau masam, ia juga adalah penyebab untuk anda kentut dengan lebih kerap.

2. Perubahan pola pemakanan

Perubahan pola pemakanan akan membuatkan seseorang sering kentut. Kebiasaannya, gejala sering kentut ini akan berkurangan selepas tubuh anda dapat mengadaptasi perubahan pola pemakanan.

3. Sindrom ganguan usus

Irritable Bowel Syndrome (IBS) adalah kelainan pada saluran pencernaan yang mengakibatkan sakit perut, gas berlebihan, kentut dan cirit-birit.

Gejala IBS ini kebiasaannya akan muncul ketika penghidapnya berada dalam keadaan tertekan atau mengambil makanan yang tidak sihat.

4. Intoleransi laktosa

Seseorang yang menghidap intoleransi laktosa akan menghasilkan lebih banyak gas dalam saluran pencernaan ketika mereka mengambil produk tenusu seperti keju, mentega dan dadih.

Gas terbentuk kerana tubuh tidak mampu memproses laktosa iaitu sejenis protein yang terkandung dalam produk berasaskan susu. Selain sering kentut, ia juga boleh mengakibatkan gangguan pencernaan dan sakit perut.

5. Sembelit

Sembelit juga boleh menyebabkan anda kerap kentut kerana kotoran yang terkumpul di usus besar akan terfermentasi dan menghasilkan lebih banyak gas dan berbau busuk!

6. Penyakit celiac

Sistem pencernaan pada pesakit yang mempunyai penyakit celiac ini tidak mampu memecah gluten iaitu protein dalam gandum dan produk berasaskan bahan itu.

Jika mereka mengambil gluten, mereka bukan sahaja akan kentut malah akan mengalami sakit perut dan perut kembung.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa tips untuk mengawal kentut yang berlebihan.

1. Elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan anda sering kentut.

2. Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Cara ini dapat mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan dan dapat mengurangkan keradangan pada sistem pencernaan.

3. Jauhi minuman bersoda dan berakohol. Kedua-dua jenis minuman ini akan menyebabkan gelembung udara pada sistem pencernaan.

4. Kurangkan makan makanan berlemak kerana makanan jenis ini akan menghasilkan gas yang lebih banyak.

5. Jangan makan dan minum dengan gelojoh. Tabiat ini akan menyebabkan pengumpulan gas yang berlebihan.

6. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk mencegah pengumpulan gas pada saluran pencernaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca