Sering Disangka Anjing, Ini Kucing Terbesar Di Dunia

maine coon

Seekor kucing baka Maine Coon sering disalah anggap sebagai anjing kerana mempunyai saiz badan yang besar.

Ukuran panjang kucing yang bernama Kefir itu lebih kurang 101.6 sentimeter, iaitu melebihi saiz normal kucing daripada baka berkenaan.

Pemiliknya, Yulia Minina yang menetap di sebuah pekan kecil di Stary Oskol, Rusia menjelaskan bahawa dia membeli anak kucing itu dua tahun lalu.

Namun, kini dengan saiznya yang sudah seperti harimau kumbang itu menyebabkan kebanyakan orang berfikir bahawa kucing putih gergasi tersebut dianggap seekor anjing.

Menurutnya, Kefir telah berusia setahun 10 bulan dengan berat 12.5 kilogram.

“Dia masih dianggap anak kucing. Maine Coon biasanya akan membesar tiga hingga empat tahun.

Jadi, saya rasa ia mungkin akan menjadi lebih besar nanti,” katanya.

Dia menambah bahawa ada juga menyangka gambar kucing yang dimuat naik di media sosial itu sudah disunting menggunakan Photoshop.

Akan tetapi dia menyangkal dakwaan tersebut kerana baka jenis Maine Coon memang boleh tumbuh hingga sekitar 40 inci panjangnya.

“Dia bukan sahaja membesar dari segi rupa, malah sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang.

“Pada umumnya Kefir mempunyai penampilan yang menggerunkan tetapi ia kucing yang sangat penyayang dan sederhana,” katanya dalam Daily Star.

Setiap kali rakan dan kenalannya datang ke rumah, semua perhatian tertumpu kepada kucing itu yang gemar dibelai.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca