Sering Disalah Anggap, Ini Kehidupan Sebenar Geisha

Wanita pelayan di Jepun atau lebih dikenali sebagai geisha sudah menjadi sebahagian daripada budaya negara matahari terbit itu sejak 400 tahun dahulu. Kami akan kongsikan kehidupan seorang geisha menerusi artikel ini:

Kehidupan seorang geisha

Sumber: Grid.ID

Perkataan geisha ini berasal daripada kata akar gei yang bererti seni. Sha pula membawa maksud orang yang melakukan sesuatu perbuatan (seni). Secara ringkasnya, geisha membawa maksud anak seni.

Mereka selalu memakai kimono dan bedak putih di muka, celak berwarna gelap serta gincu merah menyala di bibir ketika bekerja. Tugas mereka adalah untuk menghiburkan pelanggan dalam ruang makan yang terdiri daripada golongan atasan dan ahli perniagaan.

Perbezaan geisha dan maiko

Sebelum layak digelar geisha atau geiko, individu berkenaan perlu masuk ke sekolah latihan yang dikenali sebagai okiya. Geisha muda digelar sebagai maiko. Untuk pengetahuan anda, geisha dalam dialek Kyoto ialah geiko.

Pelatih memulakan latihan untuk menjadi seorang maiko pada usia seawal 15 hingga 20 tahun. Mereka akan dilatih selama beberapa tahun sebelum layak dipanggil geisha.

Maiko perlu menguasai seni penampilan dan pemakaian kimono yang amat rumit. Ia termasuk pemilihan cucuk sanggul/rambut (hana kanzashi), jenis kimono dan cara berjalan. Maiko juga mesti belajar bermain alat muzik, menjadi pelayan sempurna dan sentiasa kelihatan menarik.

Maiko akan berkongsi bilik dengan pelatih lain dan geiko. Mereka turut ditugaskan membantu geiko bersiap untuk melayan pelanggan. Maiko mesti sentiasa menunjukkan rasa hormat dengan melutut di hadapan geiko setiap kali mereka pulang ke bilik.

Tugas seorang geisha adalah untuk memainkan muzik, menari dan bermain-main dengan para pelanggan supaya mereka terhibur semasa menunggu. Matlamat mereka ialah memastikan lelaki berasa mereka amat penting dan tidak beredar dari situ. 

Mereka terkenal dengan menghasilkan lagu-lagu melankolis dan tarian anggun yang penuh dengan simbolisme kompleks.

Penulis:

  • Ameira Zainudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan budaya, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca