Sering Dibuang, Ini 7 Kegunaan Paket Gel Silika Yang Tidak Ramai Orang Ketahui

Anda pasti pernah menjumpai paket gel silika kecil setiap kali anda membeli barangan seperti kasut, ubat atau makanan kering. Namun setiap kali anda menemui paket silika gel ini, kebanyakan orang mesti memasukkannya ke dalam tong sampah.

Tahukah anda, gel silika yang sering anda buang itu mempunyai banyak kegunaannya. Terdapat tujuh kegunaan yang anda perlu tahu mengenai gel silika ini.

1. Mengawet makanan

Gel silika dapat digunakan untuk mengawet makanan seperti benih, rempah dan makanan haiwan supaya makanan tersebut tidak cepat basi. Caranya, masukkan paket gel silika ke dalam bekas makanan.

2. Dapat mengeringkan alat eletronik

Gel silika berfungsi untuk menyerap kelembapan yang terdapat dalam alat eletronik dengan sempurna. Sekiranya peranti anda seperti telefon bimbit basah, anda boleh memasukkan telefon ke dalam beg ziplock bersama gel silika di dalamnya. Kemudian tutup dengan rapat dan biarkan selama 72 jam. Cara ini dapat mengurangkan risiko kerosakan disebabkan oleh air.

3. Baju yang jarang digunakan tahan lebih lama

Salah satu cara untuk buat baju yang jarang digunakan bertahan lebih lama ialah dengan menggunakan gel silika ketika menyimpan pakaian di dalam almari. Gel silika juga boleh mencegah timbulnya warna kusam pada pakaian berwarna cerah, seperti putih. Jadi jaket, baju dan kemeja yang jarang digunakan akan berbau seperti baru dan masih cantik.

4. Alat pencukur tak berkarat

Keadaan bilik mandi yang basah dan lembap menyebabkan pisau cukur yang sudah digunakan cepat berkarat. Untuk memastikan alat pencukur ini tahan lama dan tak berkarat adalah dengan meletakkan gel silika ini bersama-sama pisau cukur di dalam plastik untuk menyerap sisa air yang masih menempel pada pisau.

5. Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan

Gel silika dapat membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Contohnya, anda boleh meletakkannya di bahagian bawah sinki yang agak berbau. Anda boleh meletakkan gel silika dalam kuantiti yang banyak dan perlu menggantikannya bila perlu.

6. Menjaga dokumen dan surat penting

Dokumen dan surat menyurat yang penting seperti pasport, surat nikah, surat kelahiran, dan ijazah sering menggunakan kertas yang cepat kotor dan paling sedih ialah kalau ia koyak atau hancur kerana dimakan usia. Biasakan untuk menyimpannya di dalam almari dan masukkan beberapa gel silika di tempat penyimpanan itu. Gel silika mampu melindungi kertas.

7. Menyelamatkan nostalgia gambar lama

Walaupun zaman kini orang menyimpan gambar di dalam smartphone, hard disk, dropbox dan pelbagai cara lagi. Namun kenangan gambar-gambar lama tidak harus dilupakan. Gambar yang telah lama pasti akan melekat antara satu sama lain dan rosak.

Cara untuk menyelamatkan gambar-gambar ini adalah dengan meletakkan gambar memori tersebut di dalam kotak dan masukkan sekali beberapa paket gel silika. Gambar itu pasti bertahan lama dan kering.

Selain itu, gel silika ini mempunyai banyak kegunaannya. Tetapi harus diingat, ia perlu sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.

Sebelum ini, kami ada kongsikan tiga kegunaan susu basi terhadap manusia. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada puatan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca