Selalunya isu pengangkutan awam ini sering menjadi masalah apabila berlakunya kecemasan atau ketika waktu-waktu terdesak.
Terdapat beberapa aplikasi atas talian yang boleh dimuat turun menerusi Play Store atau Apple Store bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan.
Antara yang sering menjadi pilihan ramai masa kini termasuklah aplikasi Grab, Mycar, Maxim, Gojo, InDriver dan juga aplikasi terbaru iaitu airasia.
Aku sebagai driver grab memang tak nafikan yang grab sekarang memang ada problem. Customer sendiri pun sampai terpaksa tunggu lama untuk booking grab. Benda tu jadi sebab dah banyak driver sendiri dah gantung kunci or dah tukar ke platform lain.
— MUIZ JAMAL (@mmuizjamal) November 16, 2021
Namun, penggunaan perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan oleh aplikasi airasia ini hanya terdapat di negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.
Hi i check td nope, mcm area kl selangor je baru ada pic.twitter.com/gNY789Rbk5
— ✨أدريانا أزلان✨ (@adrianazlan) November 16, 2021
Pelbagai pilihan perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih sebegini akan lebih membantu ramai orang yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri.
Ini dapat memudahkan pergerakan mereka manakala dengan adanya pelbagai aplikasi dapat memberi mereka pelbagai pilihan yang lebih efisien dan murah kepada bakal pelanggan.
Tempat pick out point atau tempat mengambil penumpang seharusnya lebih memudahkan pelanggan dan dekat dengan kawasan yang dipilih pelanggan.
Kesilapan yang berlaku di dalam aplikasi atas talian ini boleh menyusahkan pelanggan dan membuatkan mereka tawar hati bagi menggunakan perkhidmatan tersebut.
Hal yang demikian kerana, kebanyakan pelanggan tidak kisah untuk membayar tambang yang mahal asalkan servis yang ditawarkan itu berbaloi dengan harga yang dibayar.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: