Serang Kanak-Kanak Dan Remaja, ‘Covid Toes’ Kemungkinan Simptom Baharu COVID-19

Sekumpulan doktor memberi amaran bahawa radang dingin atau frostbite kemungkinan tanda-tanda baharu jangkitan wabak pandemik COVID-19.

Pada Mac lalu, beberapa pakar dermatologi di Itali menemui kesan lebam di buku lali serta kaki dan berlaku perubahan warna pada bahagian organ terhadap mereka yang dijangkiti COVID-19.

Pakar-pakar dermatologi di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sedang berbincang kemungkinan potensi baharu simptom penyakit yang membawa maut, lebih-lebih lagi jika ia dijangkiti kanak-kanak dan remaja.

Keadaan ini sama dengan luka akibat kesejukan iaitu merupakan tanda yang terdapat dalam kalangan masyarakat bagi mereka yang tinggal di kawasan musim sejuk serta tebal seperti di kutub dan sub-kutub.

Ia menyebabkan saluran darah di kaki mengalami keradangan, malah jari kaki juga cenderung mengalami kekejangan serius.

Pakar dermatologi mendapati penyakit ini paling banyak berlaku di beberapa kawasan dengan jumlah tinggi di Itali dan sesetengah doktor menggelarnya sebagai ‘Covid Toes’.

Doktor yang berhubung secara langsung dengan Akademi Dermatologi AS kini mengesyorkan ujian COVID-19 dilakukan ke atas kanak-kanak yang mengalami simptom sama.

Di Itali, kanak-kanak seperti itu tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 dan situasi ini menjadikan ia pandemik.

Kehilangan bau atau rasa secara tiba-tiba serta mengalami mata merah dikenali sebagai gejala atipikal, manakala gejala biasa COVID-19 adalah batuk kering, demam, sakit tekak, keletihan dan kesukaran bernafas.

Sementara itu, kemungkinan gejala yang pada masa ini tidak biasa untuk COVID-19 dapat berkembang menjadi petunjuk utama jangkitan koronavirus baharu dalam beberapa bulan dan tahun-tahun yang akan datang.

Seperti yang ditegaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus akan terus berada di antara manusia untuk tempoh masa yang lama.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan simptom-simptom COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca