Seramai 12,160 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Dalam Tempoh 2 Minggu Lalu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seramai 12,160 rakyat negara ini telah pulang dari luar negara dalam tempoh dua minggu yang lalu.

Ketua Pengarah KKM iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 95 kes positif dikesan dalam kalangan mereka termasuk yang dikuarantin.

Setakat ini, KKM telah mengambil 7,910 sampel membabitkan kumpulan tersebut.

“Justeru, tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan.

“Tindakan proaktif ini telah menyaksikan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan di negeri di mana mereka dikuarantinkan.

“Misalnya peningkatan 37 kes di Melaka, 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga kes di Sarawak, tiga di Johor, dan dua di Selangor. Kes-kes positif ini telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Diharapkan pihak yang pulang dari luar negara memberi kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan untuk memastikan penyebaran wabak ini tidak berlaku.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca