Seram! Tingkat 4 Hotel Ini Boleh Buat Anda Tidak Mahu Lagi Bermalam Di Mana-Mana Hotel

Bilik hotel sering dikaitkan dengan kisah mistik. Begitu juga dengan sebuah hotel yang terletak di Colorado iaitu Stanley Hotel. Hotel ini telah dibuka oleh Freelan Oscar Stanley pada tahun 1907. Pada mulanya, hotel berkenaan beroperasi seperti biasa.

Episod kisah mistik di hotel itu bermula pada tahun 1911 apabila salah seorang pekerja di situ iaitu Elisabeth Wilson meninggal dunia. Sejak itu, roh Elisabeth dikhabarkan sering muncul di dalam bilik nombor 217 dan mengganggu para penghuni.

Kadang-kadang, roh Elisabeth ringan tulang di mana dia akan membantu tetamu mengeluarkan barang-barang daripada bagasi (unpack). Walau bagaimanapun, ada sebab kenapa roh Elisabeth gemar membantu mereka berkemas. Hal ini demikian kerana hobinya dipercayai menyorok barang-barang mereka. Patutlah rajin semacam!

Sekiranya anda berpeluang untuk berkunjung dan bermalam di hotel ini, kami cadangkan supaya anda tinggal di tingkat 4. Ramai pengunjung sebelum ini mengatakan tingkat itu paling ramai ‘penghuni’. Suara kanak-kanak ketawa sering kedengaran di sini walhal semua yang tinggal di situ sudah tua. Malah, bunyi kanak-kanak berlari juga sentiasa kedengaran, lagi-lagi pada waktu tengah malam.

Tidak cukup dengan itu, hantu Stanley bersama-sama dengan isterinya juga dikatakan sering ‘melawat’ hotel mereka. Roh isterinya dikhabarkan selalu ‘menghiburkan’ para tetamu dengan bermain piano di bilik muzik.

Jadi, ada tak yang berani untuk bermalam di hotel ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca