Penulis pasti ramai yang pernah mendengar tentang Anabelle, anak patung berhantu yang terkenal malah siap ada filem mengenainya itu. Tanpa cakap banyak, di bawah ini ada lima anak patung berhantu yang seangkatan dengan Annabelle:
1. Isla
Isla ini dikatakan telah wujud sejak tahun 1800-an dan pemilik asalnya amat akrab dengannya sehinggakan menghabiskan banyak masa bersendirian dengan anak patung ini seperti bercakap-cakap dan membawanya berjalan-jalan. Setiap malam, pemiliknya akan terbangun jika kedengaran bunyi Isla terjatuh dari katil. Selepas pemiliknya meninggal dunia dalam tidur, ada yang mendengar bunyi anak patung ini menangis. Isla dijual di eBay selama sepuluh tahun dan tuan barunya ini mengaku bahawa dia berasa semacam apabila berada berdekatan dengan Isla.
2. Caroline
Caroline ini asalnya dibeli di sebuah kedai antik dan anak patung ini menjadi topik hangat bagi penyiasatan paranormal di pekan Salem, sebuah pekan bersejarah yang terkenal dengan sejarah ahli sihir di Amerika. Ramai yang mendakwa kedengaran bisikan apabila mendukung boneka ini ke telinga mereka. Kali terakhir dilihat adalah pada tahun 2004.
3. Bebé
Bebe ini dimiliki oleh penyiasat paranormal dan pengumpul anak patung berhantu, Janice Poole. Kata Poole, terdapat banyak aktiviti paranormal di rumahnya sejak membeli Bebe seperti mata anak patung itu melihat ke mana saja dia pergi, bunyi ia ketawa dan kadang-kadang terlihat kelibat anak patung itu berlari.
4. Amelia
Amelia pernah dilelong di eBay dan mendapat jumlah views tertinggi di laman web jual beli barang itu. Penjualnya berkata bahawa “Anak patung ini tidak disyorkan untuk orang yang lemah jantung atau untuk diletakkan di bilik tidur kanak-kanak!”
Pemilik asalnya mendakwa bahawa mata Amelia ini sebenarnya berwarna biru tapi akan bertukar hijau bila terkena cahaya dan kejadian aneh akan turut berlaku. Pembelinya melaporkan bahawa dia terlihat Amelia sedang berdiri, ketawa malah kadang-kadang melambai ke arahnya.
5.Okiku
Cerita Okiku ini bermula tahun 1918 apabila seorang remaja lelaki bernama EikichiSuzuki telah membeli sebuah anak patung untuk adik perempuannya yang berusia dua tahun dan bernama Okiku. Budak perempuan tersebut sangat terpesona dengan anak patung tersebut lalu memakaikannya kimono dan menamakan anak patung tersebut seperti namanya, Okiku.
Setahun kemudian, dia jatuh sakit dan meninggal dunia. Suatu hari, keluarganya mendapati rambut anak patung Okiku itu semakin panjang hari demi hari dan kalau potong pun pasti akan tumbuh balik! Akhirnya keluarga itu menyerahkan anak patung itu kepada kuil Mannenji di Hokkaido, Jepun sehingga ke hari ini.