Sepasang Suami Isteri Ini Maut Akibat Motosikal Rempuh Pembahagi Jalan

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas di Kilometer 34.4 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari arah USJ ke Klang di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, dalam kejadian jam 11.48 malam itu, mangsa, Mohamad Hassrul Nizzam Omar, 28, dan isterinya, Nur Haziqah Adam, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di kiri jalan terbabit.

“Kemalangan menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat pasangan suami isteri terbabit telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengesan jika kemalangan itu turut membabitkan kenderaan lain.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222,” katanya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan kemalangan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca