Separuh Singa Dan Separuh Naga, Remaja Ini Terkejut Tangkap Ikan Makhluk Asing

Seorang lelaki menerima satu kejutan besar apabila dia menemui seekor ikan aneh ketika sedang memancing di sebuah perairan di Norway.

Oscar Lundahl, 19 berkata ketika kejadian dia nyaris terjatuh dari bot semasa mahu menangkap haiwan itu. Apabila berjaya dinaikkan, Oscar mendapati ikan tersebut mempunyai mata yang cukup besar dan mempunyai badan berupa seekor singa dan seekor naga.

Ikan yang berjaya ditangkap remaja itu sebenarnya adalah ratfish. Nama Latin haiwan itu pula adalah Chimaeras Monstrosa Linnaeus yang diambil sempena nama raksasa mitos Greek. Mempunyai fizikal yang hampir serupa dengan Chimaera, tidak hairanlah saintis menamakan ikan itu berdasarkan mitologi tersebut.

Kejadian penangkapan seekor ratfish ini adalah jarang-jarang berlaku. Ini kerana ikan tersebut merupakan sejenis ikan yu yang telah wujud sejak 400 juta tahun yang lalu dan amat sukar ditangkap.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca