Sepanyol Umum Haramkan Iklan Manisan Sasar Kanak-Kanak

Alberto Garzon, Menteri Hal Ehwal Pengguna Sepanyol, mengumumkan pada 28 Oktober semalam, iklan yang ditujukan kepada kanak-kanak untuk produk makanan ringan yang tinggi gula dan lemak akan diharamkan.

Larangan tersebut akan mengharamkan segala iklan yang ditujukan kepada kanak-kanak berkenaan gula-gula, biskut, aiskrim, minuman manis dan produk makanan ringan lain yang menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merosakkan kesihatan.

Sumber: wikimedia

Menurut Garzon, kawalan terhadap iklan makanan yang ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun di televisyen, media umum, dan media sosial akan dilakukan melalui titah diraja dan akan berkuat kuasa tahun depan.

Menteri Garzon membuat pengumuman itu semasa sidang akhbar di Barcelona selepas pertemuan dengan Ada Colau, Datuk Bandar ibu kota Catalonia.

Colau juga menyatakan bahawa Majlis Perbandaran Catalan akan mengambil langkah untuk mengatasi pendedahan berlebihan kanak-kanak kepada iklan barangan yang berbahaya kepada kesihatan mereka.

Minuman, makanan ringan dan sos dengan gula tambahan atau disediakan dengan lebih daripada 225 kcal setiap 100 gram juga dipengaruhi oleh peraturan tersebut.

“Semua persiapan sudah selesai. Kami mempunyai dokumentasi yang diperlukan untuk menyesuaikan profil pemakanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini kepada sistem kawal selia, dan kami telah pun bercakap dengan Suruhanjaya Pemasaran dan Persaingan Kebangsaan,” tambah Garzon.

“Berat badan berlebihan memberi kesan kepada 23.3 peratus orang Sepanyol, manakala obesiti menjejaskan 17.3 peratus. Bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, angka itu lebih besar daripada 40%. Dapatan ini amatlah membimbangkan,” menteri itu mengingatkan.

Gambar oleh: Raul ARBOLEDA

Audit juga mendapati bukti bahawa usaha lain untuk mengurangkan obesiti kanak-kanak yang telah dilaksanakan selama lebih daripada satu dekad, seperti Kod Peraturan Kendiri Paos yang ditubuhkan oleh sektor itu sendiri, adalah tidak berkesan sama sekali.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca