Seorang Saintis Dan Hafizah, Ini Kisah Di Sebalik Tirai Besi Banduan 650 Yang Tidak Dapat Pembelaan

Tidak ramai yang tahu tentang kisah sebenar seorang banduan yang dikenali sebagai banduan 650 ini. Pada bulan Mac 2003, seorang wanita telah ditawan dan dipenjarakan. Wanita malang itu bernama Aafia Siddiqui. Aafia adalah seorang wanita Islam dan dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2 Mac 1972. Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan kedoktoran di England.

Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahaya mata dan merupakan seorang penghafal al-Quran dan seorang mujahidah. Dr. Aafia Siddiqui menjadi rakyat Amerika yang merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia kelulusan PhD dari Universiti Harvard. Beliau juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Dr. Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-ulang kali, diseksa dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkan kisah tentang banduan bernombor 650 yang tidak diketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan daripada anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Kemudiannya, seorang wartawan Britain mendedahkan khabar itu secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenarnya banduan 650. Semenjak itu, seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003 sehingga 2008. Seluruh dunia tertanya-tanya apakah kesalahan beliau dan kenapa kes itu tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip yang tidak diterima akal demi meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram, Dr. Aafia diseksa dan dirogol setiap hari serta dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Beliau dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah agar boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehinggalah beliau hilang ingatan. Manakala, nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapapun sehingga pada 2008 salah seorang anaknya dibebaskan.

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk. Beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Sejak 2008 apabila kes Dr. Aafia ini didedahkan oleh Asian Human Rights Commision dan di bawa ke mahkamah, AS terus-menerus membuat pendakwaan dan perbicaraan karut ke atas wanita malang ini. Setelah melalui siri perbicaraan yang panjang dan menjengkelkan, akhirnya pada 23 September 2010, Dr. Aafia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS di Manhattan, New York atas kesalahan cubaan membunuh. Satu hukuman yang langsung tidak masuk akal oleh sebuah negara yang kononnya bertamadun dan memperjuangkan hak asasi manusia.

Kisah Dr. Aafia ini sangat meruntun jiwa apabila seorang wanita dilayan dengan begitu kejam sekali. Namun, kisah wanita yang dibawah lindungan tuhan itu mengingatkan penulis tentang jalan cerita sebuah buku terbitan Lejen Press iaitu Heroin karya Amal Hamsan.

Novel Heroin ini mengisahkan manusia yang bergelar wanita sebagai watak utama. Di mana mereka ingin bangun namun kecundang juga.

Heroin menampilkan jalan cerita yang berbeza walaupon mesej hampir sama. Kisah perjalanan mereka sebagai wanita pastinya menyentuh hati dan kesan yang mendalam kepada pembaca. Malah, novel ini menyedarkan kita tidak semua pengakhiran hidup mempunyai cerita yang indah.

Untuk mengetahui apa sebenarnya kisah buku Heroin, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini, Lejen Press mengadakan promosi Merdeka Lejen bermula dari 23 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 yang melibatkan lebih 100 judul buku-buku terpilih dengan harga serendah RM2!

Artikel Lain Untuk Di Baca