Seorang Lelaki Berpura-Pura Solat Selepas Kantoi Mencuri

Tindakan mencurigakan seorang lelaki melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya dihalang oleh ahli jawatankuasa surau atas cubaan mencuri di Surau Abu Bakar As-Siddiq, Taman Petani Jaya semalam.

Menurut Azhar Adnan yang berusia 48 tahun berkata, semasa membuat pemeriksaan CCTV di surau terbabit, dia ternampak kelibat seorang lelaki berseluar pendek sedang memegang beg milik seorang penghantar makanan yang sedang menunaikan solat.

Tambahnya, dia segera keluar dari pejabat surau dan masuk ke ruang solat sebelum datang menyergah lelaki tersebut.

“Selepas saya sergah, dia berpura-pura solat sedangkan ketika itu dia berseluar pendek dan kelihatan merokok sewaktu masuk ke dalam surau,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penghantar makanan iaitu Mohamad Yuhanizal Yahaya menjelaskan bahawa selepas solat dia melihat Azhar bercakap dengan lelaki terbabit tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Selepas diberitahu rupanya dia cuba ambil beg saya, barulah saya sedar. Tetapi belum sempat kami bertindak, dia sudah lari ikut pintu belakang,” katanya.

Difahamkan dalam beg berkenaan mempunyai wang tunai sebanyak RM200 iaitu wang yang dibayar oleh pelanggan, dokumen pengenalan serta barang peribadi milik Mohamad Yuhanizal.

Menurut Mohamad Yuhanizal, ketika kejadian itu dia baru sahaja selesai membuat penghantaran makanan kepada pelanggan yang duduk berdekatan situ.

Dia mengucapkan rasa syukur kerana barangannya tidak sempat dicuri dan memuji sikap ahli jawatankuasa surau kerana telah membuat tindakan yang pantas.

 Rakaman CCTV tersebut akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Rakaman video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Jika anda ingin membaca lebih banyak artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca