Seorang Bidan Sesat Gara-Gara Percayakan Aplikasi Waze

SELANGOR: Seorang wanita dikatakan sesat kerana menggunakan aplikasi navigasi Waze untuk ke lokasi yang ingin dituju. Beliau juga merupakan seorang bidan yang telah tersesat di dalam sebuah ladang kelapa sawit ketika dalam perjalanan dari Ulu Yam ke rumah pelanggannya di Bandar Saujana Putra semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, iaitu Mohd Hafizie Hassan berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an yang menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas menggunakan aplikasi navigasi Waze.

Mereka menerima panggilan mengenai kejadian ini kira-kira pada jam 8.36 pagi semalam. Sejurus menerima panggilan tersebut sepasukan anggota bomba terus bergegas ke lokasi yang dimaklumkan.

Gambar di atas menunjukkan sepasukan anggota bomba yang sedang berusaha membantu menolak kenderaan milik mangsa yang sesat dalam ladang kelapa sawit pagi semalam.

Anggota bomba turut membantu mengeluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak dan terperangkap di dalam lumpur tanah merah. Namun, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dan dalam keadaan selamat serta berjaya dibawa keluar dari ladang tersebut.

Oleh itu, diharapkan agar rakyat Malaysia lebih berhati-hati dan lebih bijak dalam menggunakan aplikasi sebegini. Hal ini kerana dikhuatiri akan menyusahkan diri anda sendiri dan juga orang lain.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Lain Untuk Di Baca