“Meow, meow meow meow.” (Hai, nama saya Blossom.)
Anak kucing bernama Blossom ini telah membuatkan hati ramai rakyat internet cair apabila melihat ‘senyumannnya’.
Gambar Blossom seolah-olah tersenyum menghadap kamera ini mendapat 1.18 juta tanda ‘love ‘ di laman Twitter.
i am MELTING pic.twitter.com/NPCv8zsUnn
— michelle (@passwavee) October 25, 2019
Lauren Boutz, 41 tahun memuat naik gambar tiga anak kucing yang dibelanya bernama ala-ala watak kartun Powerpuff Girls iaitu Blossom, Buttercup dan Bubbles di Facebook sebelum menjadi tular.
View this post on InstagramA post shared by Lauren Boutz (@biochem_kitten) on
Dalam satu temu bual bersama Daily Mail, Lauren memberitahu bahawa anak-anak kucing ini diambil daripada pusat kebajikan haiwan dan dijaga seperti anak sendiri.
Lauren juga menyeru kepada orang ramai agar membela dan selamatkan kucing-kucing jalanan dan terbiar.