Sentuh Isu Kesihatan Mental, Ini 4 Drama Korea Anda Wajib Tonton

Siapa antara anda yang merupakan penonton setia K-drama? Kami akan kongsikan empat buah drama yang anda boleh tonton untuk dapatkan ilmu tambahan berkenaan kesihatan mental menerusi artikel ini:

1. It’s Okay to Not Be Okay (2020)

Dibintangi oleh Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji, It’s Okay to Not Be Okay mencuri perhatian ramai kerana ia mengupas pelbagai jenis penyakit mental.

Sebagai contoh, Ko Moon-young (Seo Ye-ji) menghidap penyakit antisocial personality disorder di mana pesakit cenderung mengabaikan perasaan atau memanipulasi orang lain.

Moon Sang-tae (Oh Jung-se) iaitu abang kepada watak utama menghidap autisme manakala adiknya, Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) mempunyai tekanan perasaan. 

2. Sky Castle (2018)

Sumber: AsianWiki

Sky Castle pula memaparkan realiti kehidupan masyarakat pada masa kini. Ia menonjolkan bagaimana segelintir daripada masyarakat golongan atasan bersaing sesama sendiri untuk menjadi yang terbaik dalam sesuatu perkara.

Ketika asyik sibuk mengejar nama dan pangkat, Sky Castle ini turut memaparkan kesedihan yang dialami oleh setiap watak berpunca daripada keinginan mereka.

Sky Castle turut mencuri perhatian ramai kerana ia menyentuh isu kesihatan mental seperti kemurungan dan tamatkan riwayat sendiri.

3. Kill Me, Heal Me (2015)

Sumber: Viki

Cha Do-hyun (Ji Sung) kelihatan cukup sempurna di mata orang lain kerana mempunyai kemewahan, disenangi ramai dan kacak. Walau bagaimanapun, Do-hyun juga menghidapi penyakit kecelaruan identiti (DID).

Ia turut menceritakan kesungguhan Do-hyun untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penyakitnya dan punca dia mempunyai kecelaruan identiti.

4. It’s Okay, That’s Love (2014)

Jang Jae-yeol (Jo In-sung) mengalami gangguan personaliti obsesif kompulsif (OCD). Jae-yeol cenderung untuk melakukan sesuatu perkara berulang kali sehingga dia berpuas hati. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah Jae-yeol turut mempunyai skizofrenia di mana pesakit cenderung untuk mencipta watak lain dalam hidupnya yang sebenarnya tidak wujud di alam nyata.

Sekiranya anda pernah menonton drama ini, Jae-yeol seorang sahaja yang dapat melihat dan mengenali Han Kang-woo (Do Kyung-soo). Hal ini demikian kerana lelaki itu tidak wujud dalam dunia nyata.

Pada pendapat anda, apakah drama yang paling menarik perhatian daripada senarai di atas?

Penulis:

  • Nurul Izzah Zakaria adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca