Sentiasa Laparkan Pujian Orang, Ini 17 Karakter Individu Yang Lahir Pada Bulan Disember

Siapa di antara pembaca yang lahir pada bulan Disember? Mesti anda berasa begitu teruja apabila munculnya bulan keramat ini.

Selain daripada menjadi ukuran meningkatnya usia seseorang, Disember pasti menjadi bulan paling bahagia buat anda. Manakan tidak, mesti pelbagai hadiah menarik mendarat di depan muka pintu anda.

Bukan itu sahaja, antara selebriti antarabangsa yang lahir sama dengan bulan kelahiran anda ialah Taylor Swift, Christina Aguilera, Han Seung-Woo dan Minho Shinee!

Jadi bagaimana agak-agaknya personaliti insan kelahiran Disember ini ya?

Memetik daripada kajian yang dijalankan oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, berikut kami kongsikan 17 karakter individu yang lahir pada bulan Disember:

1. Sangat setia dan pemurah.

2. Bersifat patriotik.

3. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

4. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

5. Bercita-cita tinggi.

6. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

7. Berasa suka dan seronok sekiranya didampingi.

8. Suka bercampur dengan orang lain.

9. Suka dipuji orang, diberikan perhatian dan suka dibelai.

10. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

11. Tidak pandai berpura-pura.

12. Cepat marah.

13. Perangai yang berubah-ubah.

14. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.

15. Benci pada kongkongan manusia.

16. Pandai berlawak.

17. Bijak berfikir secara logik.

Bagaimanapun, personaliti atau pun karakter yang dikongsikan ini merupakan hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pakar motivasi tanah air.

Ianya berkemungkinan tidak 100% sama, namun pasti ada beberapa perwatakan yang persis dengan personaliti anda yang lahir pada bulan Disember.

Apa-apa pun, Selamat Ulang Tahun December babies!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca