Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie? Bront Palarae Selar Tindakan Tersebut

Isu mengenai artis meminta bantuan khusus daripada kerajaan masih lagi hangat diperkatakan. Hari ini, timbul pula isu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap seorang artis yang didakwa membuat video hasutan terhadap industri seni Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan di laman Twitter Seniman. Pihak Seniman menyatakan video itu menghasut masyarakat untuk membuat perkara tidak baik yang boleh menggugat perpaduaan industri seni dan menggugat ketenteraman awam. Malah, hantaran itu juga meminta agar para artis dan penggiat seni turut membuat laporan polis terhadap artis yang membuat video tersebut.

Seniman menganggap video tersebut menjadi punca perbalahan antara warganet dan juga artis. Meskipun identiti artis itu tidak didedahkan, tetapi rata-rata mengatakan bahawa artis itu adalah Zarina Anjoulie.

Sejurus itu, pelakon terkenal iaitu Bront Palarae tampil untuk menyelar tindakan Seniman itu. Bront menyatakan bahawa masalah dalam industri perlu ditangani secara dalaman. Dia juga memohon pihak Seniman supaya tidak membebankan lagi pihak polis untuk mengendalikan perkara begini. Hal ini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting harus ditangani oleh pihak polis.

Rata-rata bersetuju dengan kenyataan Bront itu. Warganet menganggap tindakan Seniman itu tidak wajar kerana banyak lagi perkara penting yang perlu ditumpukan.

Apa-apa pun diharapkan isu ini diselesaikan segera. Pada waktu ini sepatutnya seluruh rakyat Malaysia bersatu padu untuk menangani COVID-19. Perkara sebegini seharusnya diketepikan dahulu dan tumpukan kepada perkara yang lebih mustahak.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan isu ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca