Sengaja Perlahankan iPhone, Apple Setuju Bayar Pampasan Sebanyak RM2.09 Bilion

Apple difahamkan cuba ‘menipu’ para pengguna dengan memperlahankan iPhone model terdahulu.

Namun, apa yang lebih mengundang tanda tanya ialah telefon pintar keluaran Apple itu dikatakan mula menjadi perlahan selepas model iPhone terbaharu diperkenalkan kepada umum.

56f0547edd0895181c8b456a
Sumber: Business Insider

Sebagai bukti, seorang pengguna mendapati telefon pintar keluaran Apple itu mempunyai prestasi yang jauh lebih baik dengan bateri baharu selepas dia menjalankan eksperimen dengan bateri iPhone.

Untuk pengetahuan anda, syarikat itu memberi penjelasan pada tahun 2017 bahawa iPhone sengaja diperlahankan supaya jangka hayat bateri lithium-ion menjadi lebih panjang.

Apple kemudiannya telah mengeluarkan sebuah kemas kini untuk memastikan iPhone 6, 6s dan SE mampu kembali kepada prestasi asal selepas menerima reaksi tidak menyenangkan daripada para pengguna.

Memetik laporan Unilad, setiap pengguna yang terlibat layak menerima pampasan sebanyak $25 (RM104.51) oleh Apple untuk setiap model berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah di Amerika Syarikat sebelum ini.

Apa-apa pun, keputusan mahkamah mengenai perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan bakal mendapat kata putus menjelang 3 April ini.

Sebagai rekod, sebuah firma dari Perancis turut memfailkan saman terhadap Apple berikutan masalah yang sama pada bulan lalu. 

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca