Sendi Jari Akan Membengkak, Ini 4 Kesan Negatif ‘Patahkan’ Jari

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah manusia untuk ‘meletupkan’ jari jemari mereka sehingga mengeluarkan bunyi dengan alasan ia memberikan kelegaan pantas.

Namun begitu, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa perbuatan ‘mematahkan’ jari ini sebenarnya mendatangkan banyak kemudaratan kepada diri.

Berikut merupakan empat kesan negatif ‘meletupkan’ jari.

1. Otot jari akan menjadi lemah

Sebuah kajian telah dilakukan ke atas 300 orang responden yang mengaku kerap kali ‘mematahkan’ jari mereka.

Meskipun, majoriti mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang teruk ekoran perbuatan itu, perlakuan ‘mematahkan’ jari ini sebenarnya mampu melemahkan otot jari.

Dianggarkan, kekuatan jari jemari boleh merosot sehingga 1/4 kekuatan jari jemari normal.

2. Berkemungkinan terkena penyakit Artritis

Lebih dikenali sebagai penyakit sendi, Artritis berkemungkinan terjadi kepada seseorang individu yang kerap ‘mematahkan’ jari jemari mereka.

Walau bagaimanapun, sebuah kajian mendapati Artritis masih boleh dibendung semasa di peringkat awal supaya tidak menjadi sebuah penyakit yang kekal.

3. Sendi jari akan membengkak

Sendi jari berisiko tinggi untuk menjadi bengkak apabila jari jemari kerap kali ‘dipatahkan’.

Sekiranya sendi sudah mula membengkak, ia akan menyukarkan sesetengah aktiviti dalam kehidupan seharian seperti memakai cincin atau aksesori lain.

4. Dilarang dalam agama Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilang (mematah-mematahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari jemari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya”. (Hadis Riwayat Ahmad)

Kesimpulannya, inisiatif awal haruslah diambil untuk mengelakkan daripada ketagihan ‘mematahkan’ jari ini daripada melarat. Sekiranya anda merasakan ketidakselesaan terhadap jari jemari tangan, anda boleh terus berjumpa Doktor untuk mendapatkan rawatan awal.

Penulis

• Noor ‘Aqilah binti AB Hapiz adalah pelajar Fakulti Filem, Teater
dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan
Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca