Senarai Perpustakaan Menarik Di Luar Negara, Nombor 1 Merupakan Yang Kesembilan Terbesar Di Dunia!

Siapa dekat sini ulat buku? Ha, kalau dah namanya ulat buku mestilah port wajib lepak korang ialah perpustakaan atau nama ‘omputihnya’ library. Ramai orang selalu ingat kalau dah namanya perpustakaan, mesti korang terbayang suasana hambar atau suram je kan? Jadi kali ni penulis nak ubah mindset korang tu. Berikut merupakan perpustakaan yang terdapat di luar negara. Antaranya ialah:

 

  • The National Library of China, Beijing, China

The National Library of China yang terletak di Beijing ini berusia 109 tahun di mana ia mula dibina pada tahun 1909 yang lalu. Perpustakaan ini boleh memuatkan hampir 37.7 juta buku. Tahukah anda perpustakaan ini juga merupakan perpustakaan kesembilan yang terbesar di dunia!

 

  • Austrian National Library, Vienna, Austria

 

Perpustakaan yang terletak di Vienna, Austria ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam dari Isnin hingga Sabtu dan 9 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad. Mula dibina pada tahun 1368, perpustakaan ini boleh memuatkan hingga 12 juta buku ada satu-satu masa.

 

  • The City Library, Stuttgart, Germany

 

The City Library yang terletak di Stuggart, Germany ini mula dibuka pada tahun 2011. Reka bentuknya yang moden dengan menggunakan tema putih dalam perpustakaan tersebut berjaya menampakkan sisi mewah perpustakaan tersebut. Pada tahun 2013, perpustakaan ini juga telah menerima anugerah ‘Library of the Year.

 

  • The National Library of Prague, Prague, Czech Republic

Perpustakaan ini mula dibuka 241 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1777. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang terbesar di Czech Republic dan boleh menempatkan hampir 7 juta buku pada satu-satu masa.

Haa, siapa cakap kalau perpustakaan tu mesti tempatnya hambar? Lihat saja contoh-contoh perpustakaan di atas. Cantik bukan? Semoga negara Malaysia akan mendapat inspirasi untuk membina lebih banyak perpustakaan yang menarik dan cantik di masa akan datang.

 

 

 

  • Bibliotheque Nationale De France, Paris, France

 

Mula dibina pada tahun 1461, perpustakaan ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 8 malam kecuali hari Isnin. Reka bentuk perpustakaan ini juga kelihatan ekslusif dengan lampu yang begemerlapan (ala-ala romantik gitu!).

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca