Senarai Jemaah Menteri Dijangka Akan Diumumkan Pada Hari Ini

Penantian kini sudah berakhir, setelah lebih seminggu Tan Sri Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan, beliau dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada hari ini di jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada jam 11 pagi ini pula, Tan Sri Muhyiddin akan dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan. Jika diperkenankan, pengumuman itu akan dilakukan seperti dijadualkan. Perkara ini dimaklumkan melalui satu kenyataan media ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Agong di Istana Negara pada 1 Mac susulan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Februari yang lalu.

Perlantikan beliau itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan politik di dalam Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca