Senarai Game Gempak Yang Bakal Keluar Tahun 2019!

Pasti gamers sudah bosan asyik main game yang sama hari-hari. Mungkin ada juga di antara anda sedang mencari di Google games apa yang bakal muncul untuk tahun ini. Kalau anda buat carian di Google untuk games 2019, pasti anda akan temui lebih 50 jenis permainan video yang akan dikeluarkan pada tahun ini.

Di sini, kami ingin kongsikan kepada anda semua 5 games gempak yang harus anda masukkan dalam bucket list permainan video anda. Jadi, selepas ini anda boleh download atau beli dan main sepuasnya.

Antaranya adalah:

1. Residence Evil 2

Platform: PS4, Xbox One, PC
Tarikh dikeluarkan: 25 Januari 2019

Apa yang menarik tentang permainan video ini adalah dengan rekaan kamera orang ketiga dari atas bahu yang memperlihatkan permainan video ini menjadi lebih moden. Seterusnya, dengan paparan zombi yang lebih terperinci seperti diliputi darah, lendir, daging membusuk serta persekitaran yang menakutkan.

Pembaharuan dalam permainan video Resident Evil 2 akan membawa anda kembali ke zaman survival klasik dengan baik kerana anda akan menyertai Leon Scott Kennedy dan Claire Redfield yang sama-sama berjuang untuk hidup di Raccoon City setelah dijangkiti dengan virus.

2. Crackdown 3

Platform: Xbox One, PC
Tarikh dikeluarkan: 15 Februari 2019

Cara permainan video ini, anda akan menjadi seorang anggota polis yang super hebat di dunia yang mampu melawan penjenayah. Dengan menggunakan segala kuasa yang ada, anda boleh memerangi penjenayah serta dapat menghancurkan sarang-sarang jenayah tersebut.

Kelainan permainan video ini juga adalah, anda boleh membina pasukan untuk agensi anda sendiri dalam memusnahkan bandar futuristik. Selain itu, anda boleh merasai pengalaman melompat-lompat di antara bangunan ke satu bangunan dengan menggunakan jumpjet serta menembak penjenayah yang sadis dengan perpandukan peluru berteknologi tinggi.

3. Anthem

Platform: PS4, Xbox One, PC
Tarikh dikeluarkan: 22 Februari 2019

Anda akan bermain sebagai Freelancer yang memiliki gaya tembakan Mass Effect, menyarung sut Javelin ketika membuat pencarian dan menghapuskan makhluk asing bersaiz gergasi. Corak permainannya adalah anda boleh bekerjasama dengan pemain lain secara online bagi melaksanakan misi-misi anda.

4. Devil May Cry 5

Platform: PS4, Xbox One, PC
Tarikh dikeluarkan: 8 Mac 2019

Permainan video ini adalah antara yang dinanti-nantikan oleh gamers. Permainan ini membawakan pemain akan menjadi seorang yang dikawal oleh Nero iaitu seorang pemburu syaitan dengan lengan robot serta pedang yang dapat menghidupkan semula sama seperti enjin motosikal.

5. Mortal Kombat 11

Platform: PS4, Xbox One, Suis, PC
Tarikh dikeluarkan: 23 April 2019

Mortal Kombat merupakan sebuah permainan video fighting yang terkenal dengan aksi gabungan pelbagai seni mempertahankan diri dan yang paling mengujakan, animasi gore yang sangat realistik. Walaupun terdapat sedikit respon negatif di dalam versi Mortal Kombat sebelum ini, pihak NeatherRealm Studios dapat membentuk fanbase yang agak kuat.

Kebanyakan permainan video di atas akan dilancarkan pada awal tahun ini. Jadi, kepada gamers semua anda boleh bawa bertenang dan bersabar menunggu kemunculan permainan video kegemaran anda.

Sumber: Maskulin

Artikel Lain Untuk Di Baca