Belum pun habis tahun 2018, ramai kaki wayang yang dah ternanti-nanti kemunculan filem yang bakal ditayangkan pada 2019.
Berikut penulis senaraikan filem-filem yang bakal mengegarkan panggung wayang pada 2019.
1. Captain Marvel
Filem yang di adaptasi daripada watak komik Marvel itu menampilkan Brie Larson sebagai Captain Marvel. Turut menjayakan filem tersebut ialah Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, Ben Mendelsohn sebagai Talos dan ramai lagi.
Tayangan: 7 Mac 2019
2. Avengers 4: Endgame
Filem sekuel kepada “Avengers Infinity War” ini, Iron Man, Hulk, Captain Amerika, Black widow dan ramai lagi termasuklah adiwira baru akan diperkenalkan. Mereka bakal kembali bekerjasama dalam mempertahankan Bumi daripada dimusnahkan oleh penjahat.
Tayangan: 2 Mei 2019
3. Spider-man: Far From Home
Peter Parker kembali untuk tahun baru persekolahan dan juga menentang jenayah dalam sekuel “Spider-Man: Homecoming” ini.
Tayangan: 4 Julai 2019
4. IT: Chapter Two
Merupakan kesinambungan dari filem pertama dimana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon yang memaksa mereka pulang semula ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali. Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-selamanya, tetapi makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.
Tayangan: 5 September 2019
5.Toy Story 4
Filem animasi “Toy Story” arahan John Lasster dan John Cooley kali ini akan mengisahkan tentang Woody dan Buzz yang dalam pengembaraan mencari semula rakan mereka iaitu Bo Peep yang telah diberikan kepada orang lain.
Tayangan: 20 Jun 2019
6. Aladin
Filem ‘live action’ arahan Guy Richie ini diangkat dari filem animasi dengan judul sama pada tahun 1992. Ia dibintangi oleh will Smith, Billy Magnussen, Naomi Scott dan ramai lagi.
Tayangan: 23 Mei 2019
Jadi, jangan lupa untuk serbu panggung wayang yang terdekat dengan anda!