Senarai 22 Negara Menentang Penindasan Uighur, Ke Mana Semua Negara Asia?

Penindasan terhadap etnik Uighur di Xinjiang bukan lagi menjadi perkara rahsia. Lebih-lebih lagi, beberapa dokumen sulit kem tahanan di wilayah berkenaan telah pun terbocor.

Pada bulan Julai yang lalu, sebuah laporan yang dikeluarkan oleh The Diplomat memperlihatkan bahawa terdapat 22 negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersepakat untuk menentang kekejaman pemerintah China terhadapetnik Uighur.

Kumpulan 22 negara yang menandatangani surat tersebut ditujukan khas kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia untuk menggesa kerajaan China menamatkan program tahanan besar-besaran di Xinjiang.

Sebagaimana yang dilampirkan menerusi surat di atas, dapat dilihat bahawa negara-negara yang menentang China secara terbuka adalah:

  1. Australia
  2. Austria
  3. Belgium
  4. Canada
  5. Denmark
  6. Estonia
  7. Finland
  8. France
  9. Germany
  10. Iceland
  11. Ireland
  12. Japan
  13. Latvia
  14. Lithuania
  15. Luxembourg
  16. Netherlands
  17. New Zealand
  18. Norway
  19. Spain
  20. Sweden
  21. Switzerland
  22. United Kingdom

Jika diperhatikan, kesemua negara yang menandatangani surat penentangan kekejaman China terhadap Ughyur terdiri daripada negara-negara Barat.

Sedangkan, pemerhatian dan pengamatan terhadap 36 negara yang menyokong polisi kejam Beijing ini sangat kontra.

Menurut laporan The Associated Press, terdapat 36 buah negara yang menyifatkan polisi kejam China sebagai suatu remarkable achievements menerusi program pendidikan semula politik yang dijalankan di negara itu.

Lebih mengejutkan apabila laporan yang dikeluarkan oleh Reuters menyatakan bahawa 36 negara itu bukan sahaja menyokong malah mewajarkan kem tersebut dan berkata ia merupakan satu langkah yang bagus untuk membendung aktiviti keganasan ketika ini.

Berikut merupakan 36 buah negara yang menyokong Beijing:

  1. Algeria
  2. Angola
  3. Bahrain
  4. Belarus
  5. Bolivia
  6. Burkina Faso
  7. Burundi
  8. Cambodia
  9. Cameroon
  10. Comoros
  11. Congo
  12. Democratic Republic of the Congo
  13. Cuba
  14. Egypt
  15. Eritrea
  16. Gabon
  17. Kuwait
  18. Laos
  19. Myanmar
  20. Nigeria
  21. North Korea
  22. Oman
  23. Pakistan
  24. Filipina
  25. Qatar
  26. Rusia
  27. Saudi Arabia
  28. Somalia
  29. Sudan
  30. Syria
  31. Tajikistan
  32. Togo
  33. Turkmenistan
  34. United Arab Emirates
  35. Venezuela
  36. Zimbabwe

Apa tanggapan anda saat ini? Pasti terkejut, bukan? Senarai negara yang menyokong polisi kekejaman China ternyata disertai oleh negara Islam sendiri dari Timur Tengah termasuklah Arab Saudi.

Bagaimanapun, negara-negara Islam dari Asia masih belum menjadi suara kepada etnik Uighur.

Semoga Allah memberi kejayaan dan kemenangan kepada etnik Uighur suatu hari nanti.

Artikel Lain Untuk Di Baca