*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.
Al Jazeera telah membangkitkan kemarahan orang ramai baru-baru ini selepas menayangkan sebuah dokumentari yang mendakwa layanan kerajaan Malaysia terhadap warga asing ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini sebagai satu bentuk penindasan kaum, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap golongan tersebut.
Sehubungan dengan isu berkenaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah pada hari ini telah mengesahkan semua jenis penggambaran filem di dalam negara perlu mendapatkan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) terlebih dahulu.
Memetik laporan The Vocket, permohonan lesen FINAS ini turut merangkumi video yang dimuat naik pada platform media sosial seperti Instagram Live dan TikTok.

Secara ringkasnya, semua content creator atau vlogger di laman YouTube perlu memohon lesen daripada FINAS terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa penggambaran filem.
Untuk pengetahuan anda, filem dalam konteks ini ialah cerita, filem pendek, filem kecil iklan, dokumentari, trailer dan sebarang jenis rakaman imej bergerak berbunyi ataupun tidak menggunakan pita video.
Dalam pada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peraturan baharu pihak FINAS:
In a Malaysian prison soon.
— Yoong (@yoongkhean) July 23, 2020
Prisoner 1: What are u in for?
Prisoner 2: Uploaded wedding video on YouTube. No FINAS license. U?
Prisoner 1: Uploaded kid’s 3rd birthday on IG. No license either. https://t.co/i2sw88p5iM
From yesterday onwards, if you DON’T HAVE:
— Unmasking Walski One Pandemic at a Time (@walski69) July 23, 2020
– a Sdn Bhd company w/ min. RM50k paid up
– a FINAS production license
– a FINAS filming license, one per title
you MAY NOT:
– TikTok
– YouTube
– produce moving images for SocMed
Malaysia, welcome back to the 1980s…
All of y’all making Dalgona Coffee videos got FINAS license or not
— Qyira (@takterqyira) July 23, 2020
Dear Malaysian multimedia minister. This will actually hurt the entire independent film industry. And you'll even put teenagers with big dreams out of hope. Please reconsider. Or at least make it easier for them to get that license, cause I've read the FINAS requirements page… https://t.co/F0BeDgEr1x
— Emillio Daniel (@emilliodaniel) July 23, 2020
"all video filming must be registered with FINAS including recorded for personal social media"
— teha takde, tolong jagakan chanyeol k (@hayeorieee) July 23, 2020
me as a video editor: pic.twitter.com/TAAXLNwJdM
Do you use Tiktok? Post Instagram stories? Have you ever used your phone to record a video?
— Zikri Kamarulzaman (@zikri) July 21, 2020
If yes, congratulations. Technically under Finas Act, you are a criminal. https://t.co/GcXZ7SzM26
Untuk rekod, pemohon perlulah terdiri daripada pemilik syarikat dan mempunyai modal berbayar tidak lebih daripada RM50,000. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat yang ditetapkan FINAS.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Al Jazeera, anda boleh klik pada pautan di bawah: