Sejak melangkah masuk ke dunia hiburan semenjak tahun 2007, nama penyanyi dan pelakon terkenal, Aliff Aziz tidak pernah sunyi dan sentiasa meniti di bibir semua orang. Namun begitu, nama penyanyi yang berasal dari Singapura ini disebut-sebut bukan kerana nyanyiannya mengalahkan Bruno Mars ataupun lakonannya setanding Tom Holland, tetapi gara-gara menjadi ‘buaya’.

Boleh dikatakan, penyanyi yang dulunya terkenal dengan lagu berjudul ‘Sayang Sayang’ ini dihimpit kontroversi saban tahun. Pada mulanya, dia bukan sahaja curang malah memukul isterinya, Bella Astillah sewaktu ‘kantoi’ keluar bersama dengan pelakon, Afifah Nasir.

Tidak lama selepas itu, dia langsung tidak serik dan dilihat keluar bersama dengan Octovia Manrose di sebuah kelab malam. Namun begitu, Bella masih mempertahankan rumah tangganya itu walaupun dipercayai masih tidak tinggal sebumbung dengan Aliff.

Terbaharu, Aliff meneruskan ‘kerjaya’ sampingannya sebagai buaya itu apabila gambar mesranya bersama dengan seorang gadis bawah umur tular di media sosial. Dalam foto tersebut, Aliff dilihat mirip Sang Bedal di mana dia langsung tidak berbaju.

Kami tidak mahu cerita panjang tentang kecurangan Aliff Aziz yang sememangnya ramai sudah tahu daripada A hingga Z. Kali ini, kami kongsikan 6 perkara yang kita boleh belajar daripada Aliff Aziz:

1. Semua orang layak dimaafkan

Bagi sesetengah orang, tiada perkataan ‘peluang kedua’ dalam kamus hidup mereka. Walau bagaimanapun, dalam kes Aliff ini, meskipun sudah ‘kantoi’ curang sebanyak 2 kali sebelum ini, Bella tetap memaafkannya. Ada betulnya juga, setiap individu di atas muka bumi ini layak dimaafkan.

Tapi, bila dah masuk kali ke-3, Bella sendiri sudah keluarkan kenyataan yang dia tidak akan memaafkan Aliff lagi. Tulisnya di Instagram, I will be moving on with my life without Aliff.

2. Paras rupa yang cantik tidak mampu ‘kunci’ hati lelaki

Apabila tular tentang kes kecurangan Aliff ini, majoriti warganet mencoret komen yang berbunyi, “Ada isteri cantik macam Bella pun curang lagi”. Ternyata, Aliff telah mengajar kita semua bahawa cantik macam mana pun seseorang itu, kalau lelaki berkenaan mahu curang, dia akan curang juga. Dalam erti kata lain, being pretty doesn’t keep a man.

3. Sekali curang, selamanya curang

Rasanya kita selalu dengar orang cakap, “Once a cheater, always a cheater“. Lagi-lagi bila kecoh pasal Aliff curang buat kali ke-3. Silap hari bulan, boleh trending ungkapan tersebut dekat Twitter.

Mungkin sebelum ini, ada yang mengatakan kalau sekali curang tidak bermaksud dia akan curang lagi. Mungkin si buaya itu akan menyesali perbuatannya itu. Tetapi, Aliff jelas sekali membuktikan bahawa sekali jadi buaya, selamanya akan kekal jadi reptilia itu.

4. Pergi ‘mengadu’ di media sosial tidak akan menyelesaikan masalah

Setiap kali Aliff curang, Bella akan memuat naik perkongsian tentang kecurangan suaminya itu. Wajarkah dia berbuat demikian? 3 kali curang, 3 kali juga Bella memilih untuk meluahkannya di media sosial. Kali pertama, mungkin orang akan simpati. Tapi bila dah banyak kali, ada yang naik menyampah.

Jelas sekali bahawa memberitahu masalah kita kepada pengikut-pengikut di media sosial tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, mereka yang membenci kita akan bertepuk tangan di belakang skrin telefon pintar mereka.

5. Otak perlu diletakkan di tempat asal dan bukannya di ‘lutut’

Kami bukan mahu menyokong perbuatan Aliff yang sememangnya boleh dilabelkan sebagai ‘trash’ itu, tetapi kalau sudah tahu perbuatan itu salah dan mengaibkan, kenapa masih juga berbuat demikian?

Tambahan lagi, Aliff sendiri tahu yang dia merupakan seorang selebriti. Sudah tentu orang kenal dirinya. Kalau betul pun nak curang, simpanlah sikit lain kali. Bukankah Sajat pernah bertanya kita sebelum ini, di manakah akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT?

6. Segala perbuatan kita akan memberi impak kepada semua orang

View this post on Instagram

🤦🏽‍♂️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Dalam hidup ini, kita harus ingat bahawa segala yang kita lakukan akan memberi kesan kepada semua orang sama ada positif ataupun negatif. Kadang-kadang, orang yang tiada kena mengena dengan hal tersebut pun boleh terpalit juga.

Sebagai contoh, setiap kali Aliff Aziz curang, setiap kali itu jugalah ruangan komen Alif Satar dipenuhi dengan kecaman warganet. Sama seperti peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga tetapi dalam situasi ini, kerana Aliff seorang, rosak Aliff sedunia.

Banyak sebenarnya benda yang kita boleh belajar daripada ‘drama’ Aliff Aziz ini. Ada orang yang memilih untuk melihatnya dari sudut negatif semata-mata dan mula menubuhkan skuad ‘bawang’. Tetapi, kita juga boleh melihatnya dari aspek yang kita sendiri boleh belajar dan jadikan iktibar. Apa-apa pun, semoga Bella kuat menghadapi ujian ini.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda