Semua Kerana Imej Ular Pada Baju, Kanak-Kanak Ini Perlu Tukar Pakaiannya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun diarah untuk menukar pakaiannya sebelum menaiki penerbangan.

Semua ini berlaku kerana imej ular pada baju berkenaan mampu menyebabkan kebimbangan melampau.

Dilaporkan bahawa Stevie Lucas berada dalam perjalanan pulang ke New Zealand dari Afrika Selatan pada 17 Disember lalu.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu berada di negara tersebut untuk melawat atuk dan neneknya yang menetap di sana.

Walaupun begitu, ahli keluarga Stevie mendakwa terdengar anggota keselamatan memberitahu kanak-kanak itu bahawa pakaian tersebut melanggar polisi lapangan terbang Johannesburg.

Menurut laporan media tempatan, Steve dan Marga iaitu ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun itu berada bersamanya pada waktu itu.

Namun, mereka dimaklumkan bahawa pakaian atau permainan ular tidak boleh dibawa masuk ke dalam mana-mana penerbangan berikutan risiko berlaku kekecohan.

Daily Mail Online melaporkan bahawa rakaman video keselamatan menunjukkan kanak-kanak itu menanggalkan bajunya lalu menterbalikkan baju tersebut sebelum memakainya kembali.

Menurut satu kenyataan dari lapangan terbang, anggota keselamatan mempunyai hak untuk membuat keputusan sekiranya melibatkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan kejadian tidak diingini di dalam pesawat.

Dalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lapangan terbang mengatakan bahawa pakaian ini termasuk dalam perkara yang boleh mencetuskan kebimbangan melampau.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insiden yang berlaku di lapangan terbang, anda boleh klik pautan di bawah.

Artikel Lain Untuk Di Baca