Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9, Lee Chong Wei Imbau Detik Cemas Lamar Isteri

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menjadi bualan ramai selepas menitipkan kata-kata istimewa kepada isterinya, Datin Wong Mew Choo sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan semalam.

“Saya tidak pernah tahu saya tahu bagaimana untuk bermimpi sehinggalah saya bertemu dengan awak,” tulisnya.

Menceritakan kembali kisah awal bagaimana beliau mula-mula melamar Mew Choo yang juga merupakan bekas pemain badminton kebangsaan di Gold Coast, Australia, Chong Wei akui ia merupakan saat yang paling gemuruh dalam hidup buat dirinya.

Sumber: Instagram @leechongweiofficial

Chong Wei akui beliau lebih gementar ketika melamar Mew Choo untuk menjadi isterinya berbanding dengan perlawanan akhir Olimpik ataupun mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, apa yang mencuit hati warganet adalah kapsyen yang ditulis beliau yang merendah diri dengan mengatakan dirinya tidak sekacak pelakon Andy Lau tetapi mukanya boleh ‘cari makan.’

“Saya rasa takut dan terkejut apabila awak berdiam seketika sebelum menerima lamaran tersebut. Adakah saya tidak cukup baik untuk awak? Adakah saya tidak cukup kacak untuk awak? Saya tengok cermin setiap hari. Bukan Andy Lau tapi muka saya boleh cari makan ma,” tambahnya.

Sumber: Instagram @leechongweiofficial

Seakan-akan tidak sabar untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10, Chong Wei ingin merancang untuk mengadakan sambutan yang lebih romantik pada tahun hadapan sambil berharap situasi COVID-19 lebih pulih ketika itu.

Chong Wei turut mengakhiri ucapan penuh bermakna itu dengan mengatakan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan agak biasa tetapi beliau berjanji akan mendapatkan ikan siakap kayangan dari Langkawi untuk Mew Choo.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Lee Chong Wei, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca